Tuesday, February 25, 2014

Now, I'm Understood


Dulu masa kecik-kecik aku selalu dengar lagu nasyid Raihan. Tapi tahu nyanyi ja la. Tak faham pun maksudnya. Tapi bila dah besar dah lalui macam-macam. Tengok orang ini, tengok orang itu. Now, I'm understood. =).

Kadang-kadang aku bosan orang sibuk nak doa or ayat-ayat untuk murahkan rezeki ja. Macam-macam lah. Aku sendiri pun sampai pening. Yang mana satu mujarab sangat. Dengan kehidupan sekarang duit tak ada memang tak boleh hidup. Tapi macam mana kalau dunia sistem duit itu dah tak wujud? Maknanya kita pun tak bolehlah hidup kot no (Orang Kedah faham da). Tapi yang aku tahu. Kalau dah silap memang kena tanggunglah silap itu walaupun tak sengaja pun. Hang berlagak hebat macam mana pun kena tanggung daa. 

Sekali-sekala mari bermuhasabah dengan I'tirof taubatan nasuha. Bertaubat dengan dosa-dosa lepas yang mungkin kita tak sedar banyak menyusahkan dan membebankan kita. Sampai la jadik susah. Yang baik itu dari Allah, yang silap itu dari diri sendiri. 

Sekali-sekala jugak peringat uols mana tahu besok-besok iols pulak terlupa, lalai. Uols boleh remind iols balik kan? hihi.