Friday, December 6, 2013

Hina sangat ka jadik kuli?

Hina sangat ka kalau kita tak bekerja hebat-hebat? Hina sangat ka jadik seorang kuli? Ke hulu ke hilir diarah orang ni diarah orang nuh. Dah kuli kan memang kena diarah lah kan. Walaupun pada hakikatnya aku ada degree. Hebat sangat ka ada degree? Hebat sangat ka kalau seorang perempuan berjaya dari segi career?

Mr Sponge and Pat dah marah dah nih. haa
In my opinion. Aku pun macam orang lain nak jugak ada kerjaya yang membanggakan ibu bapa aku. Nak gak jadik hebat. Nak jugak berjaya dalam hidup. Taklah sia-sia depa membesarkan aku kan. haha. Menghabiskan boras ada la. haha. Tapi kalau dah berjaya tuh aku rasa tak perlu kot menghina orang dibawah kita. Tak perlu sampai nak menindas orang bawah kita. Tambahan pula kita ni orang Islam. Patut ka buat macam tuh? Bukan kita patut bersatu ka walaupun siapa pun kita??? Bersama-sama mencapai kejayaan. "Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul". Hormat-menghormati. Just be  together. Why not?


Hakikatnya, dari aku jadik kuli nih la aku dapat belajar macam-macam yang tak mungkin aku belajar di mana-mana tempat malahan tiada universiti atau sekolah boleh ajar aku semua ini. Memang dari awal lagi aku plan nak mencari pengalaman dari bawah walaupun aku ni taklah kaya mana. Konon nak jadik makhluk yang berkualiti ar sikit kan. Konon la sangat. hahaha. Kalau dah keja kuli ni paham-paham sajalah gaji ciput ja. Dari sini aku dapat belajar tentang realiti kehidupan sikap orang. Macam mana layanan orang atasan terhadap orang bawahan,dll.

And  I'm still remember professor masa di uitm dulu tapi dah tak ingat nama dia memang aku problem ingat nama orang sebenaqnya. Pernah cerita, tempat yang beliau  pernah banyak belajaq adalah masa keja di stor.  Mula-mula macam tipu ja pun sebab dia professor plus baik hati plak tu. hehe. Dengan income 5 angka jugaklah tak perlu disebut nanti riak pulak. But when  i'm gone through by myself. Yeah, it is true.  And now I'm understand what he says. So english  babeh. Tak terer english kena la praktis kot. hehe.

Siapa orang yang hanya nak ambik kesempatan, Siapa orang yang boleh dipercayai dan tak boleh, siapa kaki bodek. kaki kelentong tak payah tanya lah. Sampai aku  pun konpius mungkin aku pun patut kelentong banyak2  jugak kot. Tapi at last tau pun kan sakit hati. Lebih baik jujur tak perlu terlalu lurus depend dengan situation la,  ikhlas, amanah, bertanggungjawab dll. Barulah murah rezeki. Tak perlu nak game sangat sebab akhirnya kecundang jua orang pun tak respect lagik. Malu jugak. Sebab pernah lalui. Dah ini environment yang ada dari zaman sekolah sampailah dah keja. Tapi bila lalui sendiri bukan best pun. Menyusahkan hidup aku lagi ada. Lebih baik jadik kura-kura dari rabbit. hahaha. Lebih baik lembap sikit dari laju  sangat tapi sombong bongkak. Bila dah susah baru nak sedar diri. Nak buat apa dah masa tuh kan???

Riang ja jadik depa nih. haks.
Sebenarnya memang susah nak bagi orang paham tapi lebih baik tak payah bagi paham teruis. Senang. habis cerita. The End. Kalau ada salah dan silap atau ada terkasar bahasa maapkan saya. Saya hanya insan biasa saja. "Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau ada salah dan silap tolong tunjukkan" ;=)