Friday, November 8, 2013

"Mengata Dulang Paku Sepih Kata Orang Dia Yang Lebih"

Geram tak dengan orang macam ni? Kadang-kadang malas nak layan gak orang macam ni. Tapi geram pulak bila dibiarkan. Benda yang kita tak buat pun kata kita buat. Padahal sedar tak sedar dia sendiri yang lebih pada kita. haha. Takan nak biar sebab kita hidup bermasyarakat bukan hidup dalam tempurung sorang-sorang ja. Aku boleh ja nak ignore. Tapi kalau dah sampai melibatkan maruah. So then, I fight like hell.

"Selalunya orang yang bercakap banyak tetapi tidak melakukan apa-apa kerja atau tiada ilmu pengetahuan dalam pejabat, kita umpamakan sebagai Tong Kosong disebabkan tong kosong memang bunyi kuat jika dipukul berbanding tong yang berisi. Samalah juga dengan peribahasa 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih' dikaitkan dengan orang yang sering memburukkan orang lain, mengeji atau menuduh orang lain bermacam-macam walhal sebenarnya diri nya sendiri  lagi teruk atau buruk perangai."

Sumber: http://alisuhaili62.blogspot.com/2012/11/peribahasa-melayu-dalam-dunia-moden.html
Petikan di atas tiada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada yang hidup ataupun mati. 

Kalau boleh bersabar kita sabar la tapi kalau lama-lama. Hilang juga sabarrrr. Aku pun manusia biasa jugak macam orang lain kan. Aku pun ada hak untuk hidup dan cakap TAK SUKA dengan benda yang aku tak suka. Kalau orang lain boleh. Aku pun boleh macam tu. Bila melibatkan maruah. Benda ni boleh jadik isu sensitiviti kot. Aku paling benci Si Lalang, Si Pengadu Domba, Si Batu Api dll seangkatan dengannya. Lagi aku benci lagi Allah letak orang-orang macam ni dalam hidup aku. Tapi aku redha....