Monday, September 17, 2012

Drag You Into Hell

Ada jugak betoinya cakap dia ini. erm.
Kadang-kadang aku tak faham sekumpulan manusia jenis ini. Bila tak senang tengok kehadiran dan kesenangan yang kita ada. Mesti nak cari pasal. Macam cacing kepanasan tak senang duduk tengok kesenangan orang lain. Aku paling tak suka sekelompok manusia ini yang akan drag kita ke level depa lepas tu nak beat kita. Zaman aku sekolah pon dah wujud sekelompok manusia ini kot.

Group macam ini paling benci kewujudan Hanis Hazwani. Sebab aku takan membenarkan mereka untuk drag aku ke level depa. Hanis Hazwani is ignore person dan selamba badak. Sedangkan aku pun tak teringin nak drag depa ke level aku yang tak seberapa ini.

Aku tak suka group macam ini. Memaksa kita untuk stay kat level macam dia supaya dia rasa selamat. Lepas dia maju kita ke belakang apa nih??? this is unfair! sebab tu aku tak suka join puak-puak macam ini.

Aku memang takan bergaul dah dengan group macam ini kalau boleh buat hidup aku tunggang langgang (betui ka word ni) jadiknya. Kalau tak senang dengan kesenangan orang lain berusahalah menyenangkan diri sendiri. Kalau dah malas sangat jangan ganggu hidup dan parasit hidup orang lain. Kekadang aku kesian group orang macam ini dah bagi jalan tak mau berusaha kalau boleh nak tunggu orang suap. Aku paling tak suka dok dalam sekumpulan2 manusia macam ini sebab nanti aku pon akan terbiasa tunggu orang nak suap ja. isk. Menyesal aku.

Dunia kian berubah nak tunggu semua jatuh baru nak berubahkah??