Monday, August 13, 2012

Jaga Ibu Bapa Dapat Berkat Taw

Credit to Google
Jagalah ibu bapa sebagai ibadat. Tertarik aku dengan tajuk metro hari ini. Buat jasa dengan ibu bapa dapat berkat dari Allah. Dimurahkan rezeki lagi. Tapi zaman sekarang pelik. Dah macam zaman dulu-dulu kala. tak tahu lah dulu mana paleolitik kot. hehe Sanggup buang mak bapak semata-mata nak cari privacy. Apakah alasan ini?? Syurga bawah tapak kaki ibu. Tapi kalau dah abaikan tanggungjawab sendiri. Siap ada si tanggang si tunggung moden lagi taw. Aku pun jahat jugak. Tapi tak sanggup pulok aku nak buat lagu tu. Tepuk dada tanya selera.

Credit to Google
Ada yang sanggup selamba saja tinggalkan bapa mereka kat hospital pastu biar mati kat situ. Semata-mata malas nak jaga tapi harta sapu. Ini berlaku di realiti. Sanggup kejar dunia tapi tak sanggup nak jaga mak bapak sendiri. Sanggup pergi tempat jauh-jauh dan tinggalkan tanggungjawab. konon-konon tidak ada apa yang berlaku. Jangan lupa nanti besok kau ada anak, anak kau akan buat perkara yang sama. I never never never once forget this. No way man.

"apa yang dilakukan seorang anak terhadap ibunya akan menjadi contoh kepada anaknya pula pada masa depan dan ia satu kesempatan baik supaya apabila mereka sudah meniti usia tua, anak mereka tahu apa yang perlu dilakukan" Dr. Rubiah-

Sumber: