Thursday, August 16, 2012

Everything Came All At Once


Hidup aku tak pernah pun semuanya apa yang aku pinta kepada Yang Maha Esa datang pelan-pelan. Semuanya datang sekali gus. All at once. Tapi sebelum nak datang sekali gus. Semuanya berjalan dengan lambat. Seperti permintaan aku ini mustahil sekali aku akan dapat walaupun berusaha macam mana sekali pun. Tapi bila dah tak mahu semuanya datang sekali gus tanpa diduga. Sampai tak sempat nak merasai segala nikmat hidup ini. Macam kelam-kabut. haha. Brain pun tak sempat nak analisa situasi taw.

 
Memandangkan aku single mingle belum lagi berkahwin. Aku takut nanti nak kawin pun semuanya datang all at once. Nanti time kita dah busy dengan segala macam hal. Time tu lah dia baru nak muncul dalam hidup kita. Time tu lah nak berkenalan time tu jugaklah nak bercinta time tu jugaklah nak kawin. 0_0. Time tak busy time boleh pelan-pelan dia tak datang. Inilah saat terpenting dalam hidup seorang perempuan taw. Harap-harap tak jadik macam ni. Tapi inilah hidup aku. Aku redha dan pasrah. Dan aku bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. 


Susah lama dah nak senang la pulak. Time susah siapa tahu. Time senang? semua orang tahu. This is life this is reality.