Wednesday, July 4, 2012

Tips Hilangkan Stress Cara Hanis Hazwani


Boleh dikatakan setiap hari kita akan mengalami stress. Budak sekolah pun boleh rasa stress apatah pula orang yang dewasa ini. Stress amat bahaya kepada kesihatan kita. So, cuba untuk cari jalan untuk mengelakkan dari stress. Setiap orang pasti akan ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress kan? Katakan tak nak kepada Stress! Saya juga ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress.

Nak tahu apa rahsia saya? hehe

Tidur
Kekadang pabila dilanda stress mesti akan rasa amat terseksa. Rasa amat payah hidup ini. Fikir macam-macam. So, saya tidur sebab kononnya boleh melupakan segala masalah buat sementara waktu yang membuatkan diri jadik bertambah stress. hehe. Senang sikit otak nak pikir sangat macam-macam kan. Masa yang tak best cepat jugak lah berlalu. Lebih kurang macam laptop tengah hang pastu restart balik. Itu cara saya restart. Supaya lebih fresh.

Nyanyi
Ada orang tak suka nyanyi ada suka nyanyi dan saya salah seorang dari mereka yang suka nyanyi. Bila dikala saya stress saya suka nyanyi lagu rancak supaya boleh menjerit. hehe. So, tak perlulah nak menjerit tetiba. Takut jiran sebelah ingat saya gila pulok. huks. Saya akan nyanyi lagu yang lebih memberi motivasi diri sendiri. Dah stress kan takkan nak nyanyi lagu yang stress. Kalau macam sedih jangan dengar lagu sedih. Lagik bertambah sedih la dan hanyut lah anda dengan perasaan itu.

Fitness
Saya sangat pentingkan dalam fitness bukan semata-mata nak kurus, nak cantik saja. Fitness juga penting untuk kesihatan dan mengurangkan rasa stress. Stamina pun up tak lah nak naik tangga setingkat pun macam serupa kena kejar dengan anjing. haha. Saya suka jogging dan cycling di saat stress melanda diri ini. Kononnya saya boleh lari la dari dunia yang macam-macma ini buat sementara waktu. Lagi pun larat nak tidur. Otak jadi lembap sat g. hehe.

Konon aja dia ini. Setakat ini saja lah saya ingin berkongsi tip untuk hilangkan stress. Nanti dari masa ke masa saya akan update tambah lagi tip hilangkan stress ini. Kalau ada lagi tip yang gempak sila tinggalkan jejak anda di ruang komen yang disediakan. hehe.