Monday, July 2, 2012

Makanan Segera Pilihan Mudah, Cepat, Terpaksa atau Budaya?


Zaman sekarang nak dapat makanan segera memang sangat mudah. Di mana-mana pun boleh dapat. Di kedai  runci kecil-kecilan pun boleh dapat. Seperti maggi, mamee dan macam jenis makanan segera. Selain itu, makanan yang paling famous yang menjadi culture dalam masyarakat walaupun di mana saja anda berada ialah McD dan KFC. Kalau sebut semua orang tahu. Bukan itu saja terdapat banyak lagi jenis restoran makanan segera yang wujud dalam dunia ini sehingga tidak terbilang jenisnya. Sampai tak tahu nak cuba makan yang mana satu dulu. hihi

Sedapnya. Mahu tak sedap iklan mahu nampak sedap baru teringin nak beli
Makanan segera memang bagus dalam aktiviti seharian sebab ia mudah, cepat dan sedap. Tak payah nak lambat-lambat dan leceh. Tambahan pula, kehendak globalisasi untuk bekerja lebih efficient dan effective. Makanan segera yang menjadi pilihan dikala sibuk bekerja supaya kerja tak terganggu. Bak kata orang Kedah tak gadoh dah haih. hiks


Tapi bukan setakat dalam dunia pekerjaan sahaja. Kanak-kanak, pelajar di universiti dan sesiapa saja tidak kira kaum, bangsa, dan peringkat umur gemar makanan segera sebab sedap. Saya sendiri pun gemar makanan segera tapi sekarang dah jarang sebab dah besar kena la jaga kesihatan. Konon nanti body tak fit la. hehe. Ia memang mudah, cepat dan sedap. Tapi makanan segera mempunyai banyak keburukan kepada tubuh badan manusia.

Antaranya:
  1. Mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggan.
  2. Masalah kegemukan@obesiti sebab mengandungi lemak dan gula yang tinggi.
  3. Boleh merosakan fungsi otak sebab kandungan lemak yang tinggi atau tepu boleh menggangu peranan glukosa diperlukan dan merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.
  4. Kenaikan tahap kolestrol.
  5. Sembelit
  6. Mengganggu sistem metabolisme badan.
 Sumber Rujukan:
  1. My Food Tech
  2. anyzin
  3. IKIM (Institusi Kefahaman Islam Malaysia)
  4. 3K-Kempen konsumer Kebangsaan
  5. Makanan Segera-Membunuh Dalam Senyap
  6. Isu-isu berkaitan makanan segera
  7. Glukosa
  8. List Fast Food Restaurant Chain
  9. About Fast Food