Sunday, June 17, 2012

Apa itu Jerebu?

Sejak akhir-akhir ini kita dikhabarkan dengan masalah jerebu melanda di Malaysia. Jadi, ini sedikit info mengenai jerebu. So, hangpa semua boleh lah mengelak apa yang patut dielakkan. Jerebu membawa kesan kepada kesihatan kita seharian.
  • Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. 
  • Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. 
  • Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
  • Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. 
  • Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. 
  • Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri. 
KESAN
  • Mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan
  • Perokok 
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
  •  
Sumber:
  1. http://www.met.gov.my
  2. http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stag3042/sesi%202004_05/Jerebu/KESAN.htm