Wednesday, May 23, 2012

Kata-Kata Hikmah Imam Shafie

"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu" 

"Tidaklah berjaya dalam menuntut ilmu, melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan"

"Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat"

"Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadamu maka ia telah mengikatmu. Dan barang siapa yang kasar terhadapmu maka ia telah membebaskanmu"

"Sesiapa hendakkan dunia, maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang hendakkan akhirat juga perlu menuntut ilmu"

"Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan"


"Orang yang sentiasa menjaga maruah sentiasa di dalam perjuangan"