Sunday, May 6, 2012

6 Cara Memahami Psikologi Wanita

1. Perbualan- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, perbualan seorang wanita yang kurang bijak biasanya tidak mempunyai arah tuju didalam komunikasi mereka. Ini adalah kerana psikologi wanita sebenarnya lebih fokus jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi, walaupun pemikiran mereka agak fokus, mereka lebih gemar untuk berpegang satu-satu cerita itu berdasarkan khabar angin dan bukannya fakta.

2. Kerap memeriksa telefon bimbit- Perwatakan wanita yang seperti seorang CEO sebuah syarikat, ahli perniagaan atau sebagainya, tetapi sebenarnya mereka tidak, hanya untuk melihat fb atau sms, menunjukkan bahawa psikologi mereka yang tidak menghargai masa yang diluangkan bersama rakan-rakan atau keluarga. Selain daripada itu, wanita seperti ini juga dikatakan tidak peka terhadap sensitiviti orang lain. Boleh dikatakan mereka ini lebih mementingkan diri sendiri.

3. Berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan- Pada kebiasaannya, wanita yang berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan, walaupun ditanya dengan soalan yang mudah seperti bertanyakan mengenai hobi atau kegemaran, menunjukkan bahawa mereka seorang yang bijak. Ia adalah kerana kepekaan mereka untuk memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. Selain daripada itu, psikologi wanita seperti ini juga dikatakan gemar untuk memperdayakan orang lain.

4. Cara pemanduan- Sekiranya seorang wanita itu berjaya mengikut peraturan jalanraya dengan baik dan pemanduan yang lancar, ia adalah petanda bahawa mereka seorang yang bijak. Tetapi, ia bukan mengenai pemanduan sahaja, sekiranya ketika mereka memandu tetapi tidak dapat memberikan perhatian terhadap perbualan anda, ia menunjukkan bahawa mereka hanya mampu untuk memfokuskan satu tugsan sahaja pada satu-satu masa. Psikologi wanita seperti ini pula dikatakan lebih mudah untuk ditipu.

5. Facebook profile picture- Berikan perhatian yang lebih terhadap perkara ini. Ia kerana adalah merupakan cara paling mudah untuk anda memahami psikologi wanita. Kebiasaannya wanita yang lebih bijak akan meletakkan gambar mereka sendiri, simbol-simbol mengenai isu semasa, atau gambar/simbol mengenai sesuatu perkara mengenai perjuangan hidup mereka. Mereka tidak akan sesekali meletakkan gambar yang tiada langsung berhubungkait dengan kehidupan mereka.

6. Keraguan yang terlampau- Sebagai contoh, “anda keluar bersama teman wanita anda, kemudian seorang wanita lain menghubungi anda. Apabila sudah selesai berbual, teman wanita anda bertanyakan mengenai siapakah yang menelefon anda. Kemudian anda menjawab nama wanita yang menelefon anda dan menyatakan bahawa anda dan dia hanyalah seorang kawan”. Sekiranya kekasih anda seorang yang bijak, mereka akan menamatkan soalan mengenai orang ke 3 sehingga ke tahap itu sahaja. Sekiranya perkara yang kecil tadi berlarutan hingga menjadi masalah pula, ia menunjukkan bahawa psikologi kekasih anda yang lebih mudah untuk dipengaruhi oleh emosi. Seseorang yang gemar menggunakan emosi untuk membuat pertimbangan adalah seorang yang kurang bijak.