Monday, April 23, 2012

Sebelum Tidur Apa yang Selalu Bermain Difikiran?

Hampir seminggu aku tak update blog tercinta ini. Akhirnya update jugak. Mungkin ada berfikir sebelum tidur ada yang tidur terus. Menurut kajian, tak bagus untuk kesihatan berfikir sebelum tidur. Sebab nanti susah nak tidur apabila kita berfikir otak akan menjadi aktif. Nanti jadilah insomnia dan tak dapat waktu tidur yang berkualiti.

Sebelum tidur apa yang selalu bermain difikiran anda semua? Aku pasti macam-macam akan bermain difikirankan. kan? 

Aku pun tak terkecuali. Sebelum tidur mesti aku akan imbas balik apa yang aku buat untuk hari tersebut. Kadang-kadang memikirkan kesilapan-kesilapan yang lepas. Lebih kurang macam nak munasabah diri la. Pernah juga terfikir bagaimana keadaan hidup apabila saat dunia dalam kacau bilau. Dan masa tu sorang-sorang nak kena survive. hee. Scary. Imaginasi tinggi sangat sebab tu jadik lagu ni. haha