Sunday, April 8, 2012

Hidup cuma sekali

Hidup cuma sekali. Nyawa pun ada satu kalau nak membazir pun. Rasa macam rugi ja kan? Jadi, kenapa aku harus fikirkan mengenai kata-kata orang hanya untuk melakukan sesuatu yang aku suka? Aku rasa tak perlu untuk fikirkan hal orang lain. Selagi suka, selagi termampu. Buat saja lah apa yang kita suka. 

Kita tak disediakan 2 atau  3 nyawa. Kalau wujud aku pun suka. Tapi kita cuma disediakan satu nyawa iaitu sepanjang tempoh kita hidup di dunia. Jadi, kenapa harus membuang masa untuk melakukan perkara yang kita tak suka? Kenapa harus kita lakukan sesuatu yang kita tak enjoy? 

Rasa rugi kalau tak dapat buat sesuatu yang kita suka. Selagi tiada apa pun yang mengatakan kesalahan. Jadi apa salahnya kan? Buang masa saja kalau nak ambil kisah kata-kata orang terhadap apa yang kita lakukan. Kalau ada banyak nyawa mungkin aku akan kisah. hehe ;)