Monday, April 16, 2012

Dulu dan Sekarang

Dulu-dulu tak macam sekarang pun banyak jenayah. Banyak jugak bencana alam. Ramai juga orang yang zalim. 

Dulu tak perlu nak risau sangat dengan macam-macam ragam orang. Sekarang macam-macam orang nak kena risau. Sebab tak dapat nak agak siapa baik dan siapa jahat. Hee. takut kan? Sekarang dah banyak jenis 'topeng' tercipta. 

Kadang-kadang kita nampak orang macam baik. Macam rasa selamat saja. Tapi aku selalu lupa satu benda walaupun nampak baik tapi hati lain-lain. Kadang-kadang nampak macam ada agama tapi aku silap lagi tak semestinya dia membicarakan agamanya, dia mengerti maksudnya dan melakukankanya sepenuh hati.

Akhir zaman macam ini la. Sangat mencabar. Sepanjang perjalanan hidup aku. Orang yang aku paling risau orang yang berpura-pura baik sedangkan hati dia? You know. Kita tak akan pernah tahu pun dia jahat sebab nampak baik sangat-sangat.