Monday, April 16, 2012

Bijak Menguruskan Kewangan

Ramai orang inginkan financial freedom. Tapi financial freedom bukan hanya terletak kepada duit yang banyak atau sikit. Sama sahaja sebenarnya.

Harus bijak menguruskan kewangan. Kena pandai budget. Tapi kalau guna duit ikut hawa nafsu. Memang tak pernah cukup. Semua orang ada kehendak masing-masing. Tapi lebih baik bersederhana.

Allah itu Maha Adil. Cuba fikir sendiri. Kenapa DIA bagi sesetengah orang kaya. Kenapa DIA bagi sesetengah orang susah. Kenapa DIA bagi sesetengah orang kena struggle untuk mencari sesuap nasi sedangkan sesetengah orang tidak.

Jadi, usahlah merungut. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia tidak ingin berusaha. Bekerja keras pun tak cukup kalau tak kena cara.