Wednesday, April 11, 2012

Belajar itu Excited & Fun Bukan Pressure

Kenapa perlu tension sewaktu belajar? Memang belajar macam tu. Yaka? Tak kot. Aku paling tak suka kena belajar dalam keadaan tension. Sebab nanti yang faham jadi tak faham, yang tak faham semakin tak faham. Dan apa pun tak faham. Haiya.
Belajar sepatutnya menjadi sesuatu yang fun dan excited sebab sepanjang hidup kita akan penuh dengan proses belajar. Macam-macam kita kena belajar dalam hidup ini. Kalau semuanya nak kena pressure macam mana nak belajar.
Jadi, haruskah kita belajar dengan cara stress dan tension? Kan best belajar relax sahaja. Tak perlu nak risau orang ini terlebih ka apa. Bila kita belajar dengan cara fun. Sedar tak sedar kita dah terlebih dari orang lain. Jadi, kenapa harus risau? Life is simple.