Tuesday, April 10, 2012

Apa itu 'Artificial Intelligence'?

Assalamualaikum kepada semua warga alam maya yang dikasihi. Macam nak buat surat pulak. haha. 
Aku cakap aku suka teknologi. Tapi teknologi bagaimana aku suka?. Dalam banyak-banyak bahagian dalam bidang teknologi yang aku paling suka adalah bahagian 'artificial intelligent'.

Maksud AI @ Artificial Intelligence menurut Pak Cik Google:
"The area of computer science focusing on creating machines that can engage on behaviors that humans consider intelligent".

Aku suka AI sebab ia sebuah machine yang mempunyai tahap intelligent seperti manusia @ orang selalu panggil robot. Robotcop. Asimo. hehe. Macam dalam movie terminator tu. Style kan?

Bagi aku, AI yang paling canggih yang ramai pencipta cuba mencipta untuk menjadikan sebuat mesin @ robot yang mampu berfikir, mampu untuk memperkembangkan intelligent dengan sendiri, dan hidup seperti manusia adalah OTAK manusia.

Hebat kan otak manusia. Tak pernah terfikir bagaimana ia berkembang. Bagaimana ia mampu terbelajar dengan sendiri. Sampaikan ada manusia ingin mencipta untuk dijadikan sebuah mesin. Tengok la siapa penciptanya. Sudah tentu la Allah yang Maha Pencipta yang tidak ada siapa layak untuk dibandingkan. Satu intelligent yang mampu berkembang dengan caranya tersendiri dan tak perlu nak install program seperti robot. Hebat kan?