Monday, March 5, 2012

Sama Saja

Semua laki sama saja.
Buat apa kalau kena main-main. Bukan best pun. Setakat nak berpura-pura happy berapa lama sangat. Orang yang pernah kena dan lalui akan faham macam mana rasa tak best. 

Lebih baik kena cop jual mahal, sombong dan berlagak dari kena main-main. Aku sanggup kot. Lantak la orang nak cakap apa pun. Depa bukan kisah pun kita happy ataupun tak. Main hentam ja. Orang suka kata aku jual mahal. Bukan jual barang. Jual mahal pun bukan kena ada 1 million pun dalam tangan 1 sen pun tak perlu. Bukan barang nak buat main pilih-pilih. Kalau macam tu aku pun nak pilih gak. Baru tahu rasa tak best macam mana.

Bukan senang nak dapatkan kepercayaan balik. Melainkan ada sebab-sebab yang kukuh. Bukan senang nak cari orang ada pendirian teguh. Best la kalau masih wujud orang macam ni. Dalam dunia aku tak penah pun jumpa. Mungkin dalam dunia orang lain.

Aku pun dah penat dengan orang-orang yang pernah wujud dan jumpa dalam hidup. Bukan best pun. Tak dak pendirian. Mengharap kesempurnaan aku plak tu sedangkan dia pun tak boleh menjadi sempurna. haha. Mengharap yang best selalu tapi diri sendiri pun tak boleh bagi yang best. Buang masa saja. Ingat aku ni Barbie doll ka hapa? Aku manusia kot. Macam semua orang. Buat silap banyak gila. Buat benda memalukan diri sendiri.