Monday, March 26, 2012

Kenapa suka Sponge Bob Squarepant?


Aku suka Sponge Bob sebab ada banyak sebab. Sponge Bob Sejenis kartun :

1. Disiplin
Keja start pukul 9 pagi memang tepat pukul 9 sponge bob akan pergi kerja terpacak kat depan pintu Crusty Crab. Lambat seminit pun dah rasa bersalah siap mintak Mr. Crab denda dia lagi. Pada hal Mr. Crab relax ja.

2. Self Esteem
Di Crusty Crab Sponge Bob seorang pekerja yang paling cemerlang walaupun hanya kerja buat Craby Patty tu ja. Setiap bulan jadik employee of the month . Di school driving pun dia jugak lah pelajar cemerlang semua bintang dapat kat dia walaupun kelas memandu ja pun. Pelik tapi benar. haha. Sponge Bob pergi kelas pukul 6.30 ok walaupun kelas mula pukul 9 pagi. Sangat motivate!

3. Enjoy!
Sponge Bob akan enjoy dengan sesuatu benda yang dia suka buat walaupun hanya menangkap obor-obor lepas tu lepas obor-obor tu balik. Tanpa sebab plak tu. haha.  Walaupun dengan hanya kotak tv pun Sponge Bob dan Patrick boleh enjoy dengan menggunakan imaginasi. haha. Dah la beli tv semata-mata nak guna kotak tu. haha. Depa buat apa sahaja depa suka.

4. Selamba ja buat benda bodoh
Yang part paling best tentang Sponge Bob sebab dia suka selamba ja buat benda bodoh dengan innocent. Lagipun bukan semua benda kat dunia nih perfect pun. Sekali-sekala buat bodoh apa salahnya. Asyik nampak sempurna ja. Tak bosan ka?

5.Good Friend
Tengok Sponge bob dengan Patrick sudah la. Best friend! 

Memang banyak character Sponge Bob dan seluruh warga bigini bottom nak list sampai besok pun tak habis. Di Bigini Bottom memang terdapat satu kehidupan yang sama bagaimana berlaku di realiti tapi dalam bentuk kartun. Benda art kena deep thinking. Tak boleh hanya tengok dengan mata kasar. Memang susah nak nampak. Jangan ingat kartun ja. Nak design satu character pun kena ambik jugak dari character manusia. Hanya good character ja boleh ambik sebab audience banyak budak-budak. Kalau character tak elok nanti budak-budak akan ikut. Kadang-kadang ada berunsur sindiran pun ada. haha