Thursday, March 29, 2012

Kenapa Melayu suka hentam satu sama lain?

Cina membantu satu sama lain Melayu hentam satu sama lain sebab dengki dan tidak boleh melihat kelebihan orang lain. Kadang-kadang orang itu memerlukan pertolongan pun depa tengok sahaja dan berharap nanti ada lah orang tolong dia. Tapi tak semua masih ada lagi yang mahu membantu antara satu sama lain.

Cina memang satu kaum yang membantu antara satu sama lain apabila kaum mereka berdepan dengan masalah. Ini memang benar sebab berlaku di depan mata aku sendiri live!. Boleh dikatakan banyak kali jugak berlaku di depan mata sendiri. Kalau Melayu plak lain berbeza kalau boleh nak hentam ja orang. Kalau kita lebih dari dia lagi nak hentam. Cina satu kaum minority bukan ini satu sebab mereka membantu antara satu sama lain. Kalau tak tolong siapa lagi nak tolong.

Nampak sangat jurang kalau bab-bab membantu antara satu sama lain. Kalau Cina tak berkira pon nak membantu kaum mereka sendiri siap tolong cover lagi kalau nampak teruk di khalayak ramai pada hal masing-masing tak kenal pun. Tapi kalau Melayu. ermm. renung-renungkan bukan semua masih ada lagi yang baik.

Sampai bila la nak macam nih pun tak tahu. Bukan niat untuk memuji atau memihak kepada kaum mana-mana. Andai sikap ini dapat berubah mungkin kita mampu untuk mengubah nasib kaum kita dengan lebih baik. Dahulu Melayu tidak sebigini. Melayu satu kaum yang tinggi dari segi peradaban sangat sopan, ada adab/tatasusila style macam ada protocol plak walaupun bukan berada di majlis rasmi, apabila berbahasa ada lapik tak macam orang putih berterus-terang cakap direct.

"Sesuatu kaum itu tidak akan berubah selagi kaum itu sendiri yang ingin berubah"