Sunday, March 18, 2012

"The Choice"

Sampai ke suatu masa kita perlu buat pilihan. Apa-apa pilihan sekali pun yang akan sentiasa berlaku sehari dalam kehidupan kita. Bukan senang nak pilih antara yang terbaik. Tapi ramai yang berpesan bila nak buat keputusan ikut kata hati. Lagipun kalau fikir banyak-banyak pun bukan dapat jawapan pun. Lagi runsing ada la.

Walaupun kadang-kadang bila nak ikut kata hati jawapannya selalu jawapan yang mustahil. Kalau guna akal untuk berfikir dan masuk akal. Selalu akan memberi pilihan yang salah. Walaupun rasa macam dah betul. Tapi kalau dah takdir memang akan buat pilihan yang tepat.

Tapi aku lagi suka ikut kata hati dan yakin. Kalau tak percaya macam mana nak tahu pilihan kita itu tepat atau pun tak. Allah tak kejam. Dia masih mahu membantu kita. Allah akan membantu kita dengan pelbagai cara termasuk melalui kata hati @ firasat @ intuitive. Bagi orang yang mahu berfikir akan  terdapat bukti atau tanda-tanda yang Allah membantu.

Don't lose faith