Tuesday, March 27, 2012

Bukan sengaja nak "REJECT"

Penat gak nak explain tapi kalau tak explain bad rumors spread. Dan akan menjadi virus. Bukan senang nak cari vaksin. haha. Kadang-kadang bukan sengaja nak reject. Memang sengaja. Orang nak terima kita tanpa meneliti dahulu. Sedangkan pabila tahu tak boleh nak terima hakikat.

Pabila aku sengaja reject bukan bererti aku sombong dan bongkak. Bukan juga bererti ada pilihan yang lebih baik. Ini bererti ku bagi peluang untuk mencari yang lebih baik supaya nanti tak menyesal. Kalau tak jumpa jugak baru patah balik. Bumi nih kan sfera bukan susah nak patah balik.

Setiap orang ada cara hidup yang berlainan sudah tentulah ada sebabnya. Bukannya disengajakan. Jangan asyik hentam ja kalau kena reject. Baru kena reject dah nak hentam. Dah tunjuk attitude sebenar. Kalau accept ada jaminan kah tidak kena hentam?