Wednesday, February 1, 2012

'The Three Habits"

Orang lebih pilih untuk percaya sesuatu dari mulut orang lain tanpa soal siasat dulu. Walaupun ia hanya sekadar kabar angin tapi orang tetap pilih untuk percaya bulat-bulat 0_0 bulat macam tu. bulat jugak macam mata sponge bob. haha


Macam tu jugak la hidup aku. Orang bebas membuat cerita pasal aku. includes fitnah, dengki dan mengumpat. Perkara ini menghairankan aku. Mungkin aku terlalu banyak rahsia sampai orang nak tau sangat-sangat. So, rekacipta cerita pun bermula. Boleh buat filem macam nih. haha.

Sekarang baru aku faham apa makna bila Allah kata jangan mengumpat, jangan memfitnah dan jangan mendengki antara satu sama lain. Dan aku juga faham kenapa ia berdosa. Dulu aku tak faham sebab aku pun kategori golongan macam mereka juga. Sifat ini satu sifat merugikan dan memporak-peranda (betoi ka word nih?) masyarakat. Bila kita dah lalui sendiri rasa sendiri baru akan faham akan kebenaran yang sebenar. Melainkan, kita adalah orang yang mempunyai tiga sifat tersebut means sifat kekal atau habit. Memang tak leh nak buat macam mana la takan faham la kalau macam tu. haha

Setiap orang akan ada cara untuk memahami dan difahami.