Friday, February 3, 2012

Change or Complain?

Aku tau ramai orang takut dengan perubahan walaupun perubahan itu untuk kebaikan. Dan aku tak kata diri aku pun tak takut. Sebab aku sendiri pun takut dengan perubahan. haha. Kalau aku berubah aku takut nanti orang fikir aku ni pelik. Tapi kenapa aku harus risau dengan pendapat orang lain andai ini adalah suatu perubahan baik untuk hidup.


Life is about choice. Akan sampai ke satu masa kita akan kena buat pemilihan yang akan membawa perubahan dalam hidup kita samada baik atau pun buruk. Aku sangat mementingkan choice yang aku pilih pada peringkat awal sebab ia akan memainkan peranan penting untuk menentukan masa depan. Tapi aku sendiri pun penah buat kesilapan dalam membuat pemilihan mengenai kehidupan aku sendiri. Tapi aku belajar dari kesilapan. Lebih baik dari tak belajar langsung.

Lagi satu jangan la duk kutuk suka hati dengan orang yang ingin dan bersedia untuk melakukan perubahan dalam hidup dia. Kadang-kadang ermmm. orang yang suka kutuk ni lebih takut dengan perubahan dan kalau boleh dia tak nak orang berubah dan remain unchanged macam dia. Dia takut kot nanti dia hilang kawan yang sama macam dia. haha.
Bila seorang melakukan perubahan dan didarabkan dengan 1 billion. Ini memberi keupayaan manusia tersebut untuk melakukan satu perubahan kepada dunia. 

Change or complain? your choice. My choice is change. 0_0