Monday, February 6, 2012

"Buat baik dapat baik, Buat jahat dapat jahat"

Bila di saat kita berada di tahap yang tinggi merendah dirilah. Tapi yang ada dikeliling aku? sombong, bongkak, dan tak sedar diri. Sekejap sahaja mereka jatuh. "buat baik dapat baik, buat jahat dapat jahat". Dulu, aku pun tak faham dengan kata-kata ini tapi sekarang bila dah lalui sendiri baru faham. Kini, aku semakin dewasa dan semakin mengerti soal kehidupan yang sebenar.

Walaupun sukar macam mana pun hidup ini untuk dilalui. Tapi percayalah ia berbaloi-baloi. Jangan ingat kita di tahap yang tinggi kita perlu pandang rendah dan menghina orang lain. Hidup di dunia ini hanya sementara. Allah itu Maha Adil. Dari yang tahap tinggi boleh jatuh ditahap yang paling bawah dalam sekelip mata. Sedar tak sedar "aku hilang segala-galanya".

Usahlah bongkak sedangkan kau sendiri pun 'pinjam' segala-galanya' dari Allah S.W.T. Usahlah rasa hebat jika ia hanya sementara waktu hebat lah di waktu yang kekal abadi yang akan tiada penghujungnya(hereafter).