Sunday, January 15, 2012

'The Great leader'

Orang barat telah menobatkan Nabi Muhammad sebagai pemimpin paling berpengaruh di dunia.

"Rasullah dijulang dengan diletakkan namanya pada tangga teratas "
Sumber: The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History by Michael Hart

"Rasullah adalah ikon yang agung. Wajahnya berseri-seri seperti bulan purnama. Beliau sentiasa berada dalam keadaan bertakafur dan berfikir. Beliau tidak bercakap melainkan benar-benar perlu. Percakapannya pula dalam ayat yang ringkas, Tetapi membawa makna mendalam dan jelas. Bicaranya lembut serta penuh berhikmah. Beliau sentiasa membesar-besarkan nikmat Allah, walaupun sekecil-kecil nikmat.
Kecemerlangan peribadi dan watak Rasullah tetap menyerlah, dahulu, kini dan selama-lamanya. Walaupun Rasullah sudah wafat lebih 1, 300 tahun lalu, namun kehebatan sifat dan ciri kepimpinannya masih menjadi topik perbualan sehingga ke hari ini"

Author:Shahrul Nizam Junaini Nazri Kadir

@Tidak dinafikan lagi kepimpinan Rasullah ternyata hebat. Kalau tak mana mungkin orang barat boleh meletakan Rasullah di ranking yang teratas. Ini membuktikan kepimpinan Rasullah patut kita contohi.