Friday, January 13, 2012

"Don't Miss the Train Anymore"

Ramai orang masih tak mampu menerima kebenaran sebenar. Ramai yang tidak bersedia dengan kehidupan di masa akan datang. Apa gunanya hidup di zaman teknologi canggih @ High Tech tapi tahap mentality masih di tahap rendah masih ditahap yang tak canggih. Tak tahu nak menggunakan teknologi tersebut untuk perkara-perkara yang memberi faedah kepada orang ramai.

Macam ni la bila tak bersedia datang sesuatu yang baru semua jadi kejutan budaya. Baru datang sikit dah melatah dan terikut. Jangan terkejut dengan suatu perkara-perkara atau benda-benda pelik dan baru yang mungkin akan datang di masa hadapan. Tidak bermakna kita tidak up-to-date kita dah ketinggalan zaman. Ambil la masa untuk menerima suatu benda baru. Setiap orang ada caranya, setiap orang ada keunikannya.

Biar ketinggalan biar tak up-to-date tapi sentiasa update ilmu pengetahuan. Jangan tunggu sampai nak ambil Phd baru nak uptodate ilmu-ilmu tersebut. Sekarang zaman High Tech bukan zaman paleolitik nak ketinggalan dengan ilmu-ilmu pengetahuan. Gunakanlah apa yang ada sebaik-baiknya.

So "you don't miss the train anymore". ;)

Takan teringin nak kembali ke zaman paleolitik? zaman mesolitik? zaman logam?

-Sponge Bob-