Saturday, December 17, 2011

Syaitan Dalam Hidup Manusia



Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.

SYAITAN BERMALAM DALAM HIDUNG

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه

"Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya."
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


SYAITAN KENCING DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه

"Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA/MENGUAP

إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل

"Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka."
Hadis sahih Muslim.


SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA "AAAAAH" SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه

"Dan janganlah seseorang itu berkata "aaaaaaaa" semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap."
Hadis riwayat Ahmad.


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان

"Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia."
Hadis sahih Bukhari.


Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah-mudahanan maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.


SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

"Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah."
Hadis sahih Muslim

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai-ramai.





@Jahat la shaitan nih. Dia suka merosakkan manusia. Tapi dah memang kerja dia. Nak buat macam mana mengelak ja la.