Sunday, December 11, 2011

Migrain



Anda sakit kepala atau migrain?
Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab. Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan disebabkan oleh;

faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang.

faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dll.

faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll.
Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas.
Sumbangan Artikel : Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri 

@Aku selalu sakit-sakit kepala macam pening-pening lalat. Terutamanya sekali sewaktu bendera jepun naik. hehe Siap berdenyut-denyut lagi. Tapi kadang-kadang bendera jepun tak naik pon pening jugak. Aku tak pasti adakah ini semua migrain? Menurut sumber yang aku baca migrain terjadi apabila sakit kepala berulang-ulang. Aku pon tak tahu. Dari dulu lagi aku mempunyai masalah dengan stress! sabar ja la. Pikir banyak sangat kot.